Feb 28, 2011

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang



Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : 
"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" 
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." 

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" 
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- 

1. bertaubat 

2. menyesali dosa yang dilakukan 

3. tidak tergila-gilakan dunia 

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya') 

5. tinggalkan sifat berbangga 

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu 

7. meninggalkan sifat dengki 

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. 

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." 
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


Munajat ~ Lagu yang memberikan keinsafan


via b0nds0fl0ve

Tuhan...
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan
Tuhan.. Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaanBisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rindukuMunajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatikuKurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhanikuUjian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman
Tuhan…
kubisikkan kerinduan
Keinsafan… Pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


via b0nds0fl0ve 


via b0nds0fl0ve 

Healthy Foods Vs Junk Foods =P

via b0nds0fl0ve

Feb 27, 2011

So sweet pictures.. =)





Feb 26, 2011

.: 5 Pillar of Islam :.

~ Thank you Allah.. =)

Feb 25, 2011

5 simple tips of HAPPINESS.. =)

via b0nds0fl0ve

A...B...C..

 source: http://b0nds0fl0ve.tumblr.com/
Little Caliph @ Tadika Alif Ceria... I missed them so much :)

Feb 24, 2011

~ Happy Muslimah ~


Once a Muslim Woman was asked which ornaments she use for her Body, she answered:
“For my lips I use the truth..
for my voice I use Zikr and magnification of Allah,
for my eyes I use the knockdown of my views (look),
for my Hands the benevolence,
for my Legs the persistence on Allahs way,
for my heart the love for Allah,
for my intellect the wisdom,
for my passion IMAN and strong faith.

:: Nauzubillah min zalik.. ::


Daily Life =P

via: http://b0nds0fl0ve.tumblr.com/page3 

Feb 21, 2011

Lagi sayang.. Lagi diuji..


"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada (Surah Ar-Rum: 36-37)

~ Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

~ Ujian Ini Nikmat Keimanan

Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Feb 20, 2011

.:: Allah cares, Allah love you ! ::.

Feb 19, 2011

:: Allah s.w.t. is the best listener ::


GOD is the best listener.
You don't need to shout out nor cry out loud because He hears even the very silent prayer of sincere heart..

Feb 18, 2011

Syafakallah dan Syafakillah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Syafakallah dan Syafakillah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji'uun' (Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ". (Surah Al-Baqarah : 155-157).

~ Sakit dan Musibah adalah Takdir Allah Azza wa Jalla

~ Sakit dan Musibah Adalah Penghapus Dosa

Sesungguhnya Allah swt menyediakan ubat bagi setiap sakit yang datang. Dan haram bagi kita untuk berubat dengan cara yang salah, menggunakan bahan yang haram tanpa benar-benar mudarat, perubatan yang mensyirikkan Allah dan seumpamanya.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wasiat tentang 4 makanan untuk perempuan

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan : 


"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu : 


1. Susu 
2. Cuka 
3. Coriander (Ketumbar) 
4. Apple Masam 



Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"
Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."
Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."
Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

=)

Feb 15, 2011

Titipan Buat Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."


 Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.




Titipan Buat Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Feb 14, 2011

.:SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1432H:.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ya Rasulullah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

.:SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1432H:.
Ya Rasulullah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saat Nabi Muhammad S.A.W Hampir Wafat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saat Nabi Muhammad S.A.W Hampir Wafat | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright ~Bicara Nurani~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .