RSS

Mar 10, 2014

~ Perbualan menarik dari dua orang kanak-kanak

syafiq : awak tahu, mak saya dengan ayah saya dulu belajar dekat London. Dekat situ ada salji-salji..
arif : yeke. mak dengan ayah saya cakap diorang belajar sampai tingkatan 5 je. Lepas tu tak masuk universiti pun sebab nenek dengan atuk takde duit.

syafiq : yeke. kesiannya. mak dengan ayah sekarang kerja dekat bank. mak dengan ayah selalu balik lewat. diorang kata sebab nak cari duit banyak-banyak. Kalau duit banyak nanti, setiap bulan boleh pergi jalan-jalan dekat macam-macam tempat.

arif : owh.. mak saya cikgu pasti je. Tapi hari-hari kalau balik sekolah,mak saya dah ada kat rumah. Kerja sekolah semua mak ajarkan kalau tak tahu nak buat. malam-malam mak yang ajar mengaji. makan hari-hari mesti saya akan makan dan solat berjemaah dengan ayah dan mak.

syafiq : erm... yeke. saya tak pernah tengok mak ngan ayah saya mengaji dan solat. makan pun dengan bibik je. Kerja sekolah kena buat sendiri je. Kalau tak reti, tiru kawan je la..

# ape guna belajar tinggi sampai alif baa taa pun tak mampu ajar anak


# apa guna belajar tinggi kalau solat pun tidak.


# apa guna belajar tinggi kalau hal ehwal anak pun tak dapat diurus dengan baik.


Renung-renungkan...









Nadia Thaherah Ezlan
8 Jamadil Awwal 1435
tinta-srikandi.blogspot.com

Jul 15, 2013

Pesanan Ramadhan


Jun 26, 2013

~ Jaga kesihatan anda ketika musim jerebu

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
- Kanak-kanak
- Orang tua
- Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
- Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
- Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
- Iritasi di mata serta mata yang merah
- Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
- Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
- Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
- Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
- Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
- Selalu minum air
- Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Jun 13, 2013

Bengkel Keusahawanan IMP 2013 @ Kuala Kangsar, Perak =)

Adakah Anda Ingin Menambah Ilmu Perniagaan Anda Berlandaskan Islam?

Hadirkan diri anda ke Bengkel Keusahawanan IMP 2013.

Pelbagai ilmu keusahawanan islam bakal anda perolehi.

Antara Penceramahnya ialah:
  • Ustaz Ahmad Tajudin Pengasas Komuniti IMP dan Sidratul Corporation Sdn. Bhd.
  • Tn Haji Mohamad Nordin, Panel Syariah Sekretariat Komuniti IMP
  • Dato' Chef Li, Pengarang Buku Jutawan Senyap [Penampilan Istimewa]

Hadirlah Beramai-ramai!


Tawaran Istimewa

Daftar 2 NAMA & berpeluang mendapat 1 TEMPAT PERCUMA.

Terhad kepada 5 PENDAFTARAN SAHAJA lagi.

Tarikh tutup tawaran: 15 Jun 2013
Daftar segera !!! 

Untuk pendaftaran:
Hubungi Sekretariat Komuniti IMP : 05-773 1663

Apr 25, 2013

~ Kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal..

Remember this. Thank you ya Allah ♥

Mar 28, 2013

~ Happy Family =)

Via ummuumar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright ~Bicara Nurani~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .