Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

May 27, 2012

~ How to perform salaatul tasbeeh

How to perform Salaatul Tasbeeh.
Via small-deeds

Jul 27, 2011

:: Basics to perform Ghusl (Obligatory Bath) correctly ::

via IslamicThinking

:: Basics to Perform Wudhu Correctly ::

Via IslamicThinking

Apr 10, 2011

~ Lelaki Solat Pakai Jeans, Wanita Tanpa Telekung


Saya berkunjung ke Jakarta. Kebetulan disapa oleh sekumpulan ewek ala-ala Bunga Citra Lestari. Berpakaian dengan mini skirtnya. Rambut curl. Ada yang hanya berbaju tali gantung. Dengan high heels-nya. Seolah-olah saya sedang menyaksikan Drama Sinetron Bawang Merah Bawang Putih.


"Permisi Mas. Di mana tempatnya Musalla orang solat?" tanya salah seorang cewek kepada saya. Mungkin barangkali mereka sangkakan saya ini orang Indonesia. Mahu sahaja saya beritahu saya ini bukan Ashraff Sinclair. Tapi cuma Asyraf imam kampung.
"Oh. Kapannya di sebelah sana. Belakang parkir kereta," saya menjawab dengan berbahasa Indonesia yang terkeluar dari skema Dewan Bahasa Dan Pustaka Indonesia. Mereka tertawa kecil dengan jawapan saya.
Teman yang bersama saya ialah seorang mahasiswa di salah sebuah universitas di Jakarta. Dia memberitahu saya bahawa, budaya orang di Indonesia berbeza dengan budaya di Malaysia. Tidak menjadi sesuatu yang mustahil apabila seorang wanita yang tidak menutup aurat masuk ke surau dan memakai telekung yang disediakan lalu mengerjakan solat. Malah majoritinya tanpa rasa segan silu. Walaupun ada pertanyaan di benak hati saya, namun saya melihat ianya dari sudut positif. MEREKA TIDAK TINGGALKAN SOLAT!
Saya berkunjung di Brunei. Dalam satu program perkhemahan bersama remaja. Apabila tiba waktu solat, saya dijemput mengimamkan solat. Di belakang saya ramai remaja lelaki dan perempuan. Yang lelaki memakai jubah kebanyakannya. Saya sangat kagum. Namun selesai salam dan berpisah untuk ke ruang makan, kebanyakan si lelaki menanggalkan jubah mereka dan mengenakan seluar pendek. Walaupun tidak semua, namun ianya satu lagi persoalan kepada saya. Walaupun begitu saya masih mengambil yang positif. Dalam persoalan ibadah, MEREKA MEMENTINGKAN SUNNAH!
Saya berkunjung ke Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Tanah airku. Ketika melalui surau di tingkat lapan, ada sekelompok remaja lelaki dan perempuan sedang menunggu rakan mereka di luar surau. Saya yang sedang memakai kasut mula bertegur sapa. Saya bertanya kepada mereka, kenapa mereka tidak solat sekali dengan rakan-rakan yang lain. Agak menakjubkan jawapan mereka. Si lelaki mengatakan ia berseluar jeans. Kotor berpeluh. Di dalam surau tiada kain pelikat katanya. Yang si perempuan pula berkata, "Saya tidak membawa telekung. Lagipun telekung di dalam surau tu dah terlalu kuning lusuh warnanya."
Sekali lagi pelbagai persoalan yang timbul di benak fikiran saya. Saya masih mengambil yang postitif. MEREKA MEMENTINGKAN KEBERSIHAN UNTUK BERTEMU ALLAH!
Islam itu mudah dan ia tidak menyukarkan umatnya. Malah ianya meraikan semua golongan bangsa dan warna kulit. Budaya sesuatu bangsa itu terbentuk hasil daripada sudut pandang nilai yang sama.
Kehidupan masa kini berbeza dengan suatu ketika dahulu. Perubahan zaman dengan corak kehidupan yang lebih pantas dan memerlukan pergerakan yang lebih luas membuatkan beberapa isu budaya yang perlu diubah. Masyarakat terutamanya wanita yang dilihat kini lebih banyak berurusan dengan situasi kerja dan urusan harian membuatkan beberapa kesukaran terjadi akibat keterikatan dengan budaya masa lampau.
Pemakaian Telekung di Nusantara
Pemakaian telekung adalah satu struktur budaya keagamaan yang dibentuk dalam komuniti masyarakat Islam di Nusantara. Ianya terbukti sesuatu yang amat baik jika dilihat dari aspek kesempurnaan ibadah. Para ulama Melayu dahulu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan ibadah umat ketika itu. Pemilihan bentuk telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung menjadikannya sesuai untuk semua generasi umur dan bentuk  badan. Ini bersesuaian dengan arahan Allah SWT di dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat.

Di dalam surah al-A'raaf ayat 31 yang bermaksud:
يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٍ۬ وَڪُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ
Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu (pakaian) yang indah disetiap kali kamu (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih lebihan.
Menurut Sheikh Khatib Al-Syarbini dalam kitabnya Mughni Muhtaj telah menguatkan pendapat daripada Ibn Abbas RA mengatakan bahawa maksud memakai pakaian yang indah setiap kali memasuki masjid ini adalah merujuk kepada pakaian ketika sembahyang.
Manakala Imam Ibn Kathir, telah memetik riwayat Imam Muslim mengatakan bahawa ayat ini merupakan bantahan atas tindakan orang-orang musyrik yang dengan sengaja mengerjakan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang. Ianya juga menunjukkan memberi pengertian lain iaitu disunahkan menghias diri ketika hendak menunaikan sembahyang lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan Hari Raya. Juga disunahkan memakai wangi-wangian kerana ia juga termasuk daripada perhiasan.
Malah boleh juga kita mengenakan pakaian yang berjenama asalkan tidak mendatangkan rasa takabur. Ini sepertimana yang diberitahu oleh Qatadah yang meriwayatkan dari Muhammad Ibnu Sirin bahawa sahabat Nabi Muhammad SAW, Tamim Ad-Dari pernah membeli sebuah rida' (selendang atau serban) dengan harga seribu, lalu ia mengerjakan sembahyang dengan mengenakannya.
Ulama Melayu dahulu amat bijak dalam membentuk budaya corak berpakaian yang baik kepada umat Islam di Nusantara. Mereka juga telah memilih warna putih sebagai warna rasmi kepada telekung. Ini juga bersesuaian dengan kehendak sunah yang amat disukai oleh Baginda Nabi SAW dalam memilih warna pakaian yang terbaik. Sebagaimana yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Ibnu Abbas di dalam hadis marfu', Rasulullah SAW bersabda :
"Pakailah pakaian kalian yang berwarna putih. Kerana sesunggunya ia adalah sebaik-baik pakaian kalian. Dan kafanilah orang-orang yang mati dikalangan kalian dengannya."
Pembentukan budaya pemakaian telekung ini membuatkan Umat Islam di Nusantara agak janggal untuk memilih pakaian yang berlawanan dengan adat budaya yang telah dibentuk sejak sekian lama.
Telekung Pada Masa Kini
Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masa kini yang bergerak aktif dalah kehidupan seharian. Ini kerana pemahaman budaya tersebut telah disalahertikan oleh wanita kini tanpa melihat dari aspek ilmu Islam yang sebenar.
Disebabkan itulah muncul pelbagai alasan yang tidak munasabah apabila tibanya waktu solat. Ada sebahagian wanita yang mengabaikan solat apabila berada di luar rumah contohnya di pusat membeli belah, tempat kerja dan sebagainya dengan beralasan tidak membawa telekung. Ada juga yang memberi alasan telekung yang disediakan di masjid mahupun surau itu agak kotor dan tidak sesuai.
Sedangkan pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Bagaimana keadaan wanita yang berada di luar daripada negara Nusantara. Mereka tidak pernah mengenal erti telekung. Disebabkan itulah ramai dikalangan wanita Nusantara merasa pelik dengan pakaian wanita Muslimah di negara barat, China, India mahupun Timur Tengah.
Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang.
Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut jumhur ulama, yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat, "Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.
Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.
Lelaki dan Solat
Manakala bagi lelaki pula, kebersihan, kecantikan dan wangi-wangian menjadikan sembahyang mereka lebih baik pada zahirnya disisi Allah SWT. Ini kerana situasi menghadap Pencipta Yang Maha Agung itu memerlukan lebih berketerampilan berbanding berhadapan manusia lainnya.
Namun, berpakaian yang elok itu tidaklah semestinya mewajibkan kepada mereka berkain pelekat, berjubah, baju melayu dan sebagainya. Ada juga yang meninggalkan sembahyang kerana beranggapan pakaiannya kotor dengan peluh. Kotor dengan minyak kereta kerana bekerja sebagai mekanik. Kotor dengan lumpur kerana baru pulang dari kebun dan sebagainya.
Sedangkan, syarat sah solat ialah pakaian tersebut hendaklah bebas dari sebarang najis. Kotor tidak bermaksud ianya bernajis. Jadinya disini, seorang yang dalam keadaan berpeluh sesudah bersukan boleh menunaikan solat tanpa menukar pakaiannya.
Di dalam kitab Fathul Bari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah mengambil riwayat dari Ibnu Hibban mengatakan bahawa Muawiyah bin Abu Sufyan bahawasanya ia bertanya kepada saudara perempuannya (Ummu Habibah), "Apakah Rasulullah pernah solat memakai pakaian yang digunakan ketika berhubungan dengan isterinya?" Ummu Habibah menjawab, "Ya, apabila Baginda tidak melihat sebarang kotoran di pakaian tersebut."
Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa, selagi pakaian yang dipakai itu tidak jelas padanya najis yang boleh merosakkan solat, maka sah solat yang kita kerjakan dengan berpakaian biasa. Malah remaja lelaki yang berpakaian serba fesyen terkini, samada berseluar jeans, baju yang pelbagai bentuk warna juga boleh mengerjakan sembahyang tanpa merasakan janggal. Kerana Islam tidak pernah menyusahkan untuk melakukan sembahyang.
Penutup
Ini bukan kempen 'tak pakai tudung takpa janji hati baik'. Ini juga bukan kempen menghapuskan pakaian yang indah ketika solat. Namun ini adalah kempen untuk memudahkan solat kepada setiap manusia.
Islam itu mudah. Ianya sesuai dalam kehidupan seharian umat. Allah lebih mengetahui perihal keadaan hamba-hamba-Nya. Islam tidak hanya meraikan kelompok manusia yang sentiasa berada dalam kelapangan. Ia juga meraikan umat yang sibuk dan penuh dengan tugasan harian. Sembahyanglah anda walau di mana anda berada.

Mar 18, 2011

:: The Importance Of Friday! ::

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


Friday is the best day of the week. Imam Bukhari and Muslim reported that Prophet Mohammad (Peace Be Upon Him) had said, 

"We (Muslims) came last and yet we are the first on the day of judgment. They have received the books before us (meaning Torah and Injil). We have received the book after them (meaning the Qur’an). Friday was their day to be glorified. However, they disputed on that while Allah had told us Friday is the day to glorify. Thus they will follow us. The Jews glorify Saturday, and the Christians glorify Sunday." 
Also reported by Imam Muslim, Abo-Dawod, Al-Nesaii, and Al-Termithi, that Prophet Mohammad (Peace Be Upon Him) had said, 

"The best day during which the sun have risen is Friday. It is the Day Adam was created. It is the day when Adam entered paradise and also when he was taken out from it. It is also the day on which the day of judgment takes place."

Muslims are supposed to do the following on Fridays:

1. Men are obligated to participate in Friday Prayer. Allah (S.W.T.) said in Surat Al-Jumauah, (verse 9), what can be translated as, "O’ you who believe! When the call is proclaimed to Prayer on Friday hasten earnestly to the remembrance of Allah, and leave off business. That is best for you if you but knew." In addition, prophet Mohammad (Peace Be Upon Him) had warned from not attending Friday Prayer. Imam Muslim and Ahmad had reported that Prophet Mohammad (Peace Be Upon Him) said about people who do not attend Friday Prayer, "I wanted to ask a man to lead people in the prayer so that I may go and burn houses of men who did not attend the Friday Prayer with us" He also said reported by Imam Muslim, Ahmad and An-Nesaii, "Either they (meaning people who do not attend the Friday prayer) stop neglecting Friday prayers or Allah will set a seal on their hearts so they can not find the right path again." In another authentic hadith reported by Abu Dawod, Termithi, An-Nesaii, and Ibn-Majah, that the prophet (Peace Be Upon Him) said, "Who ever does not attend three Friday prayers, (without a valid excuse) Allah will set a seal on his heart"

2. It is also recommended to increase supplication especially at the last hour of the day since it is the hour when requests are replied by Allah. In an authentic hadith reported by Imam An-Nesaii, Abu-Dawod, and Al-hakim, that the prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) said, "Friday has 12 hours, one of which is the hour where cries are granted for Muslim believers. This hour is sought at the last hour after Asar."

3. It is encouraged to wish peace be upon prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) during Fridays and Friday’s night because of an authentic hadith reported by Imam Abu-Dawod, An-Nesaii, and Ibn-Majah, that the Prophet Muhammed (Peace Be Upon Him) said, "The best day is Friday. On Friday Adam was created, and died. On Friday is the first time the trumpet is blown (meaning when every creature dies) and the second time the trumpet is blown (referring to resurrection). So increase the number of times you wish peace upon me since this prayer will be shown to me." They asked him, How will our prayers be shown to you after you have vanished. He replied, "Allah has prohibited earth to cause the body of prophets to decay."

4. It is also recommended that Muslims recite surat Al-Kahf, because of the authentic hadith reported by Imam Al-Baihaqee, and Al-Hakim, that the prophet Muhammad (P.B.U.H.) had said, "Who ever recites surat Al-Kahf on Friday, Allah will give him a light to the next Friday."

5. It is also recommended that Muslims clean and wash themselves and make sure they smell nice when they attend Friday Prayers. Imam Muslim and Bukhari reported that the prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) said, "Every Muslim is obligated to bath on Fridays and wear his best cloth. Also, he should use perfume if he has any."

6. It is important to come early to the Friday prayer. All of the hadith collectors, except Ibn-Majah, reported in an authentic hadith that the prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) said, "If one washes himself and then went to Friday Prayer, it is considered as if he donated a camel for the sake of Allah. However, If he went in the second hour then it is considered as if he donated a cow and if the third hour then as if he donated a big sheep and if the fourth hour then as if he donated a chicken and if the fifth hour then as if he donated an egg. Then when the Imam starts delivering the speech the angels come and listen to it." Also in anther authentic hadith reported by Imam Abu-Dawod that the Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) said, "On Friday the angels come to stand on the doors of the mosque (masjid), the angels record who comes first, if the Imam starts delivering the speech, the angles close their files and come to listen to the speech."

7. It is forbidden to work on Fridays when the call for the prayer is announced because Allah says in surat Al-Jumu’ah, (verse 9), what can be translated as, "When the call is proclaimed to prayer on Friday hasten earnestly to the remembrance of Allah, and leave off business."

8. Also, it is forbidden to talk during the Khutbah. Several sayings of prophet Muhammad (P.B.U.H) covers this subject. In an authentic hadith reported by (the group of Ahadith collectors), except Ibn-Majah that prophet Muhammad (P.B.U.H) said, "If you told your friend to pay attention on Friday while the Imam is delivering the speech then you committed a sin of vain talk." Another authentic hadith which was reported by Imam Ibn-Majah and Attermizi that prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) said, "Even who touches the gravel on the floor then he committed vain talk, and he who does commit that there will be no (Jumuah) Friday for him."

9. It is also disliked to walk between sitting people during Friday gathering unless there is an empty spot to fill. In an authentic hadith reported by Imam Abu-Dawod, An-Nesaii, and Ahmad that, A man came and started walking between people during a Friday gathering while Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) was delivering his speech, so the Prophet told him, "Sit because you caused harm to other people and came in late."

10. It was not legislated to consider Friday as a day off and not work during it. Because Allah (S.W.T.) said in surat Al-Jumu’ah, (verse 10), what can be translated as, "And when the prayer is finished, then you may disperse through the land and seek of the bounty of Allah." It was not a habit of any of the companions to consider Friday as a day to take off work. On the contrary Imam Al-Malek said, "It is disliked to take Friday off since we will be resembling the Jews and Christians for taking, respectively, Saturday or Sunday off."

Finally , there are two important matters for us in this country to be cautioned of. First of all, we must not neglect Friday Prayers because of work, study, or other matters. Every Muslims should make attending Friday Prayer as his top priority. It is important to do so since ignoring it three times with no valid reason will cause the heart to be sealed from the right path. The second matter to watch for is the loosing of one’s interest in the importance of Friday. This is especially important for the growing generation who are used to the concept of weekend being Saturday and Sunday and know almost nothing about the importance of Friday in the eyes of Muslims. So it is our duty to remind them and ourselves about this great day which is the best day of the week and try to spend it according to Islamic teaching.


(Friday speech was delivered by Imam Mohamed Baianonie at the Islamic Center of Raleigh)


Source: iloveallaah








Mar 13, 2011

:: Petunjuk menerusi al-Fatihah ::

~ Peringatan berkenaan al-Fatihah
Apabila kita mula membincangkan tentang surah al-Fatihah, kita nyatakan bagaimana dengan surah ini, kita sedang berbicara dengan Allah dan Allah menjawab setiap ayat yang kita baca. Surah ini mengesahkan sifat rububiah Allah (ketuhanan), namun ia juga memberitahu kita ketuhanan ini berdasarkan sifat penyayangnya, sebab itu kita membaca “Ar-Rahman Ar-Raheem” (yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang) selepas kita memuji Allah, Tuhan sekalian alam. 
Kasih sayangNya dinyatakan sebelum kita diberitahu bahawa Dia yang menguasai Hari Pembalasan, supaya kita tahu kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya. Akhir sekali membicarakan tentang kunci untuk mendapatkan kasih saying ini, iaitu menyembahNya dengan penuh keikhlasan. Untuk menyembahNya, kita memerlukan pertolongan Dia, lantas kita berkata:
1:5
“Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan.” 
(Quran, 1:5)
Justeru, jika kita ingin meminta pertolongan, kita perlu meminta petunjuk.
~ Petunjuk
Kita sekarang telah memasuki alam doa:
1:6
1:7
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang yang telah Engkau murkai, dan bukan jalan orang-orang yang sesat.” (Qur’an, 1:6-7)
Ibn Taimiya menyatakan doa surah al-Fatihah adalah yang terhebat, terbijak dan doa yang paling bermanfaat. Jika Allah membimbing kita ke jalan yang lurus, Dia membantu kita untuk mematuhiNya.
Seseorang mungkin bertanya – mengapa perlu aku minta pentunjuk jika aku sudah terbimbing? ‘Aku solat, aku puasa, aku baca Qur’an – mestilah aku ini sudah diberi petunjuk!’ Pertamanya, puncak petunjuk adalah pada tahap Rasulullah ﷺ dan tiada siapa antara kita yang boleh mencapai tahap itu, ataupun tahap para sahabat r.a. Jadi kita meminta Allah untuk memberikan lagi petunjukNya. Keduanya, hidayahNya bergantung kepada kebergantungan kita kepadaNya dan kerendahan hati kita di depanNya, dan meminta Allah supaya terus membimbing kita adalah caranya. Bagaimana kita boleh katakana kita terbimbing sekiranya kita tidak meminta daripadaNya? Rasulullah ﷺ ada memberitahu kita:
من لم ‏يسأل الله يغضب عليه
“Sesiapa yang tidak meminta dengan Allah, Allah murka padanya.” 
(Ibn Majah)
Ibn Al-Qayyim menyatakan jalan lurus yang kita minta termasuk pengetahuan dan tindakan, luaran dan dalaman sekaligus. Seorang hamba mungkin tidak tahu semua butiran, dari segi apa yang perlu dipatuhi, apa yang perlu dielakkan, dan apa yang membuatkan Allah suka dan tidak suka. Dan apa yang hamba itu tidak tahu mungkin lebih daripada apa yang dia tahu. Jadi, apabila kita meminta petunjuk, kita juga meminta Allah menambahkan pengetahuan kita dalam perkara-perkara tersebut. 
Lagipun, dengan pengetahuan yang kita ada, kita mampu melakukan sesetengah perkara, dan ada perkara yang kita tidak mampu. Contohnya, kita tahu kita perlu menunaikan haji, namun sebahagian daripada kita masih tidak mampu. Jadi apabila kita meminta petunjuk, kita meminta Allah supaya menolong kita supaya mampu melakukan perkara yang kita tahu. Tambahan pula, dengan perkara-perkara yang kita tahu dan mampu lakukan, nafsu kita mungkin tidak akan memudahkan semua itu. Kita tahu kelebihan melakukan qiyamullail namun kita terlalu malas untuk bangkit melakukannya. Apabila kita meminta Allah untuk membimbing kita, kita meminta Dia supaya menguatkan jiwa kita ke arahnya.
Seperkara lagi – mungkin kita mempunyai pengetahuan, kemampuan, dan keinginan melakukan sesuatu kebaikan, tapi kita tidak ikhlas melakukannya. Mungkin niat kita bercampur-baur. Meminta petunjuk daripada Allah adalah meminta Dia supaya mengurniakan kita keikhlasan juga, kerana keikhlasan yang akan menetapkan kita di jalan yang lurus. Meminta Allah untuk membimbing kita di jalan ini juga bermaksud meminta denganNya untuk mengikut jejak Rasulullah ﷺ dan akhirnya, mempunyai keteguhan dalam melakukan semua ini supaya kita tidak goyah.
~ Siratul Mustaqim: Jalan Yang Lurus
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan dia bertanya sekiranya Rasulullah ﷺ akan mensyafaatinya pada Hari Akhirat. “Aku akan mensyafaatimu,” jawab Rasulullah ﷺ
“Jadi di mana aku perlu mencarimu pada hari akhirat kelak?” tanya Anas r.a.
“Apabila kau perlukanku,  pertamanya carilah aku di Sirat (titian),” jawab Rasulullah ﷺ
“Dan jika aku tidak menjumpaimu?” tanya Anas r.a.
“Maka carilah aku di Mizan (timbangan),” jawab Rasulullah ﷺ
“Di mana aku perlu mencarimu,” tanya Anas r.a., “jika engkau tiada juga di Mizan?”
“Maka carilah aku di Hawd (telaga). Aku tidak akan pergi dari ketiga-tiga tempat ini pada masa itu,” jawab Rasulullah ﷺ (Tirmidhi).
Maka tempat pertama untuk meminta syafaat daripada Rasulullah ﷺ adalah di sirat. Sirat itu sendiri merupakan titian yang merentangi neraka dan seseorang itu mesti melepasinya untuk ke syurga. Ia disifatkan sebagai titian halus – lebih halus daripada seurat rambut – dan juga licin. Jadi bagaimana kita akan melepasinya?
Manusia melepasinya mengikut amalan masing-masing: yang pertama antara mereka sepantas kilat, kemudian selaju angin, kemudian selaju burung, dan selaju orang yang berlari. Rasulullah ﷺ akan berada di laluan mengatakan “Tuhan, selamat! Selamat!” sebagaimana sesetengah amal mereka hanyalah sedikit. Sesetengah mereka akan merangkak. Pada kedua-dua arah terdapat cangkuk untuk mengambil sesiapa yang dikehendakiNya: sesetengah akan terselamat tapi cedera, yang lainnya tercampak ke neraka (Bukhari dan Muslim).
Ibn Al-Qayyim mengatakan dalam hidup ini, Allah telah memberi kita jalan yang lurus dan mengajak kita semua ke arahnya. Jadi, sesiapa yang dibawa ke jalan yang lurus dalam hidup ini, akan melepasi jalan lurus di akhirat nanti, insyaAllah. Keadaan kita semasa di sirat, sama ada kita terbang atau merangkak, bergantung kepada amal kita semasa di dunia.
Adakah kita sedar kepetingan doa dalam setiap solat kita?
Amin!
Apabila kita menyebut “amin” (Tuhan perkenankanlah) sesudah selesai bacaan al-Fatihah, kita patut menyebutnya dengan sepenuh hati kita, kerana sesudah mengetahui maksud semua ini, kita patut khusyuk dan meminta dengan bersungguh supaya Allah mengabulkan doa hebat ini. Bagaimanapun jika kita lalai, doa ini tidak akan dikabulkan. Kenapa tidak? Rasulullah ﷺ bersabda?
ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة فإن الله لا يستجيب من قلب غافل لاه
“Berdoa kepada Allah dengan keyakinan supaya doamu akan dimakbulkan, dan ketahuilah Allah tidak akan memakbulkan doa yang datang daripada hati yang lalai, tidak khusyuk.” (Tirmidhi)
Ibn Al-Qayyim mengatakan apabila seseorang membaca al-Fatihah, dia perlu berhenti seketika pada setiap ayat untuk menanti jawapan daripada Allah. Ia telah dilaporkan daripada Ummu Salamah r.a. bahawa Rasulullah ﷺ melakukannya.
Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang lurus dan mengizinkan kita untuk menghadirkan hati dalam solat kita. Amin.

Feb 28, 2011

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang



Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : 
"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" 
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." 

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" 
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- 

1. bertaubat 

2. menyesali dosa yang dilakukan 

3. tidak tergila-gilakan dunia 

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya') 

5. tinggalkan sifat berbangga 

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu 

7. meninggalkan sifat dengki 

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. 

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." 
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright ~Bicara Nurani~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .