Mar 12, 2011

:: Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W. ::

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup".

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah S.W.T.. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi S.A.W. setiap hari. Antara sunnah Nabi S.A.W. itu adalah:


1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya


2. Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bekan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari.Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan orang yang bersedekah setiap hari.

6. Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyanyangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan syangi dia ya Allah..".

7. Amalkan istighfar setiap saat. dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oelh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita akan kurang berzikir.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright ~Bicara Nurani~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .